2012年6月18日星期一

Kini aku kembali! ;)

Woahh! sangat busy sejak berpindah ke Nilai!(alasan ke apo?)  Dekat setahun tak update blog aku.  Baru siap mandi. Dengan musim jerebu + panas2 ni, mandi 10x kali sehari pun tak cukup. Kenapa tiba2 aku pakai Bahasa Melayu dalam blog aku? usah takut, usah risau. Teruskan membaca ;)


album_z ahmad

Cuti Semester lepas, sampai rumah Kat kuantan, buka peti surat, tengok2.... haaa.. dapat post ekspress. buka2 tengok. Album lagu dari kawan aku, Z Ahmad! Post ini, nekad aku nak memperkenalkan kepada kawan2ku tentang album Z ahmad.

Z Ahmad, a.k.a Nazmi ahmad, dalam minda aku, dia seorang yang baik hati, sentiasa memberi ayat dan cadangan yang membina. Pernah aku minta tunjuk ajar Nazmi semasa aku ambik peperiksaan STPM, sanggup nazmi ajar. aku ingat lagi,  kekadang sampai lewat malam jugak kalau borak dengan Nazmi!  Memang tak rasa bosan kalau encik nazmi ada! ha3


Aikk.. balik semula kat Album Z Ahmad ni.Simple design but nice. Tak sama mcm album lagu yang lain.  tak ada lagu yang banyak2 dalam album ni macam album2 yg biasa aku beli. dalam Album ni ada 2 buah lagu saja, tapi aku rasa kualiti itu lebih penting kalau dibandingkan dengan album2 yg sumbat 20-30 lagu dalam, but no quality. Suka jugak aku dengar lagu Di Sini. lagu ni ler yang aku repeat. 



Salute jugak aku dengan Z ahmad. kalau tak silap aku, Z ahmad mmg busy dengan kerja2 dan akademik beliau baru2 ni. Tapi beliau mampu menghasilkan lagu yang berkualiti sementara beliau busy dengan akademik beliau. Baiklah kawan2ku, kalau ada masa, cuba korang tengok-tengok kat page facebook Z ahmad.  ;)

https://www.facebook.com/zahmadmusic

Semoga Z ahmad aka Nazmi terus maju dalam bidang akademik & kerjayaan beliau. ;)